DETIK PERPADUAN

 


DETIK PERPADUAN DALAM SUKAN BOLA SEPAK / PERKAHWINAN / MAKANAN / PERBEZAAN SAMBUTAN PERAYAAN.


ETIKA & PERBADANAN

NAMA PENSYARAH : PUAN LIANA BINTI ABDUL SAMAT

NAMA PELAJAR            : MUHAMMAD AIMAN LUTFI BIN AZAMZAM (02DSB20F2028)

                                              MUHAMMAD AZLAN BIN WAHAB (02DSB20F2030)




MATLAMAT PERPADUAN


Perpaduan merupakan salah satu aspek penting bagi setiap negara. Matlamatnya adalah agar setiap bangsa dan negara dapat hidup dengan harmoni dan tenteram tanpa perkara yang dapat menggugat keamanan. Rakyat tidak akan dapat hidup dengan selesa dan negara akan bergolak setiap masa akibat tiadanya keamanan. Hal ini dapat dilihat di negara-negara yang bergolak apabila peperangan sentiasa berlaku dan rakyat hidup dalam keadaan bergantung kepada bantuan luar. Kanak-kanak, perempuan dan orang tua menjadi mangsa kebuluran serta hidup dalam serba kekurangan. Daripada yang diterangkan tadi, kita dapat lihat bahawa pentingnya untuk kita membina dan memupuk perpaduan agar menjadi sesuatu budaya dan amalan kehidupan oleh setiap rakyat dalam negara ini. Prof Ulung Datuk Shamsul Amri Baharudin,Pengarah dan Pengasas Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menyatakan, Perpaduan sabagai suatu hasrat yang diidamkan adalah sukar diukur, dilihat secara nyata mahupun berkekalan. Perkara ini biasanya hadir mengikut keadaan, keperluan dan detik-detik tertentu secara formal atau tidak formal dalam kehidupan seharian masyarakat”.


i. Sukan Bola Sepak

Perpaduan dapat dilihat dalam sukan seperti sukan bola sepak.. Perlawanan bola sepak adalah antara satu daripada detik perpaduan yang jelas dapat dilihat dikalangan rakyat Malaysia apabila semua bangsa tanpa mengira kaum dan keturunan sama-sama memenuhi stadium bagi menyokong pasukan masing-masing. Mereka menyokong pasukan masing-masing tanpa melihata pasukan mereka terdiri daripada kaum dan bangsa berlainan atau tidak. Budaya ini harus diteruskan dan diterapkan dalam setiap generasi rakyat Malaysia agar ia menjadi alat perpaduan utuh ribuan penyokong Harimau Malaya tetap ‘mengaum’ di Stadium Nasional.

https://images.app.goo.gl/JxbReogrtvQBPCCu5


      ii. Perkahwinan

 Sering kita menghadiri majlis perkahwinan saudara mara atau kenalan yang diadakan di taman-taman perumahan selain diadakan di dewan-dewan besar. Jika majlis perkahwinan yang diadakan di dewan besar, ianya tidak menimbulkan masalah kepada masyarakat memandangkan terdapat ruang yang khas berserta tempat letak kereta yang cukup.

Namun,suasana apabila majlis perkahwinan dilakukan di taman-taman perumahan.Ianya menimbulkan suasana yang sesak dan kawasan meletak kenderaan para tetamu sangat terhad dengan kehadiran ramai jemputan.Jika dilihat kepada peruntukan undang-undang dalam negara.Ianya merupakan satu kesalahan mendiri dan menyelenggara sesuatu halangan di tempat awam.

Inilah detik perpaduan yang wujud dikalangan rakyat Malaysia iaitu bertolak ansur dalam perkara tersebut kerana sikap saling memahami antara satu sama lain tanpa mengira agama dan budaya.  

https://images.app.goo.gl/MN5kHZo4RcrgS2SPA

 

https://images.app.goo.gl/PqjCLMxverGtgBdx6


iii. Makanan 


 Di Malaysia terdapat pelbagai jenis makanan dan minuman, antaranya

uNasi Lemak

uTeh Tarik

uRoti Canai

uSoto

uBakso

uLaksa Sarawak

uSatay

uChar Kuey Teow


https://images.app.goo.gl/6nv5AaBhz7dexmfa7




https://images.app.goo.gl/gyZMSrrUq8sqNej37



https://images.app.goo.gl/S3GKtbwGC3PsqhoU7



iv. Sambutan Perayaan


Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai jenis kaum. Antaranya ialah

uMelayu

uCina

uIndia

uIban

uMelanau

uKadazan-Dusun

Setiap kaum mempunyai perayaan masing-masing. Oleh itu, dalam perayaan di Malaysia, detik perbezaan dapat dilihat dengan jelas kerana perayaan biasanya berkaitan dengan budaya dan agama pelbagai agama. Tetapi ini tidak dapat dianggap sebagai perbedaan yang mengancam perpaduan negara, kerana setiap budaya dan agama mempunyai ciri khasnya sendiri. Setiap warganegara perlu berfikiran terbuka dan berfikiran terbuka ketika menghadapi perayaan festival sebagai perayaan tahunan semua kaum di Malaysia.

uMELAYU : Orang Melayu akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada 1 Syawal tahun Hijrah. Sebulan sebelum Hari Raya Aidilfitri adalah bulan Ramadhan dimana setiap muslim harus berpuasa dari matahari terbit hingga matahari terbenam. Mereka tidak boleh makan dan minum sehingga matahari terbenam.

Pada Hari Raya Aidilfitri, Muslim saling bermaaf-maafan dan akan memakai pakaian tradisional yang berwarna-warni untuk berdoa atau mengunjungi saudara-mara dan rakan-rakan,  dan juga untuk mengeratkan ikatan silaturrahim.

https://images.app.goo.gl/wQCgZ7mRA5Aw7ZSo8

 

uCINA : Salah satu perayaan yang disambut oleh kaum Cina ialah Tahun Baru Cina. Tahun Baru Cina disambut pada hari pertama setiap tahun mengikut kalender Cina. Terdapat 12 ekor binatang yang menjadi simbol tahunan dan pesanannya iaitu: 

vTikus

vLembu

vHarimau

vArnab

vNaga

vUlar

vKuda

vKambing

vMonyet

vAyam

vAnjing

vKhinzir

Pada malam sehari sebelum Tahun Baru Cina, ahli keluarga akan berkumpul untuk upacara makan besar. Selepas makan, semua ahli keluarga akan menjalankan upacara ‘shou sui’ kerana mempercayai akan memanjangkan umur seseorang. Pada pukul 12.00 malam, mercun dan bunga api akan dinyalakan bermaksud Tahun Baru Cina bermula. Tahun Baru Cina biasanya berlangsung selama 15 hari.


Pada hari Tahun Baru Cina, orang cina akan menziarahi ke rumah saudara mara dan mengucapkan ‘gong xi fa cai’ kepada orang lain. Orang Cina akan memakai pakaian baharu tetapi mengelakkan memakai pakaian yang berwarna hitam kerana bermaksud tidak beruntung. Para penatua akan memberi ‘ampau’ kepada generasi muda yang mewakili berkat kepada generasi muda. Selain itu, mereka juga akan mengajak saudara-mara dan rakan-rakan ke rumah mereka.


 

https://nurinnazifahamdan.wordpress.com/2018/03/27/73/


u INDIAPerayaan yang disambut oleh kaum India ialah Deepavali. Deepavali adalah perayaan Hindu yang bermaksud "menghalau kegelapan dengan cahaya dan mengalahkan kejahatan dengan kebaikan".


Seperti orang Cina, mereka juga akan mengunjungi ke rumah saudara-mara dan rakan-rakan. Namun, mereka akan pergi ke kuil untuk berdoa dahulu sebelum pergi ke rumah para penatua.


Untuk menyambut Deepavali, orang India akan melakukan pembersihan umum untuk membersihkan kediaman mereka. Keluarga India juga akan membeli beberapa lampu atau hiasan yang dirancang secara unik berdasarkan corak pencahayaan untuk menghias rumah.


Untuk meraikan Deepavali, orang India juga akan memakai pakaian baharu. Lelaki memakai Jippa manakala wanita memakai pakaian gaya Sari atau Punjabi. Gadis kecil biasanya memakai Pavadai. Seperti orang Cina, orang India juga mengelakkan memakai pakaian hitam pada Hari Deepavali, kerana ini adalah warna yang tidak beruntung.


https://www.hmetro.com.my/node/178344


KESIMPULAN

Keamanan negara turut dapat dipertingkatkan apabila amalan perpaduan kaum telah meresap ke dalam jiwa setiap rakyat Malaysia. Seperti yang kita ketahui, tanpa perpaduan kaum, keamanan tidak dapat diwujudkan kerana rakyat akan bergaduh sesame sendiri sehingga menghancurkan keamanan sesebuah negara yang telah dibina itu. Pertelingkahan yang berlaku antara rakyat hanya akan menghasilkan suasana hidup yang porak-peranda. Oleh hal yang demikian, benarlah perpaduan kaum itu penting untuk meningkatkan keamanan Negara.
         Kesimpulannya, semua pihak harus berganding bahu dan tidak mengharapkan pihak kerajaan semata-mata dalam mewujudkan perpaduan kaum. Janganlah kita bersikap evasive mahupun ”bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing”  kerana perpaduan kaum itu hanya akan wujud apabila semua kaum menjalankan obligasi masing-masing dengan sempurna dan bersikap bertolak ansur.



RUJUKAN

Jefri, S. S.(2019). Hayati Semangat Cinta Negara. Retrieved 07 Ogos, 2019. https://www.google.com/amp/s/www.hmetro.com.my/node/483528/amp.


Mustaffa, M., MD. Radzi, M. B., Ghazali, N., Wan Othman, W. M. T., Ahmat, M. F., & Balya, M. T. (2020). Penghayatan etika dan peradaban. Perpustakaan Negara Malaysia.


Jamin, M. S., & Ali, A. (2019). Detik Perpaduan. Jabatan Penerangan Malaysia.


Mohd, S. (2018). Pengertian ‘Hari Kemenangan’ @ Hari Raya Aidilfitri. Retrieved 13 Jun, 2018. http://canselori.umt.edu.my/?p=5897 


Comments